Jodohh

Monday, May 30, 2011

harga sebuah pengharapan

ada sesuatu yang terbuku di hatiku..
namun tak mampu untuk ku luahkan..
dan tak terlarat untukku menyimpan..


ku pejamkan mataku rapat..
ku menarik nafas dalam dalam..
kuhembuskan perlahan..


ya allah..
semoga aku mampu jadi seorang yang sangat sempurna..
dapat menyempurnakan orang lain..
dapat menyempurnakan keadaan sekeliling..
dapat membuat ramai orang tersenyum dan gembira..


pengharapanku..
semoga semua orang yang ku sayangi akan sentiasa dalam kebahagiaan..
semoga doa sentiasa dititipkan buatku..
sebagai mana doaku untuk kalian..


tidak apalah jika ini untukku..
semoga aku mampu pasrah.. amminnn.........

Friday, May 27, 2011

hidupku bersandarkan kenangan.. harap mampu mengejar impian..

sore kian redup..
bayu berpuput kian gemersik..
tabir meliuk liuk dibibir jendela..
membuatkan sore ku semakin syahdu..
menginsafi kekurangan diri..
mensyukuri nikmat darimu illahi..


teringat pada ayahanda bonda..
di zaman kecilku dulu..
manjanya kami..
dulu kami tidak sedar bertapa indahnya saat itu..
dilimpahi kasih dan sayang serta kesabaran..
walaupun kadang kadang serba tidak cukup..
tapi kami tetap bersyukur atas apa yang ada..


pasti masa lalu tak bisa kembali..
dulu..
padang menghijau seperti sama sama tertawa..
langit yang biru seperti sama sama tersenyum..
malah angin dan burung burung seperti sama sama berlagu..
sama sama mewarnai kasih dan sayang itu..


semoga roh arwah ayahanda sentiasa dirahmati..
semoga kehidupan ibuku sentiasa bahagia dan ceria..
hidupku selalu bersandarkan kenangan itu..
namun tidak lupa juga untukku mengejar impian..

Thursday, May 26, 2011

Bahagia, Gembira , Senyuman Dan Lagu Lagu Hati Sang Pencinta..

Bahagia..
Sang suria tersenyum..
Awan gemawan berarak perlahan dan ia juga tersenyum..
Sang bayu berpuput lembut membawa lagu lagu hati..
Hati yang dipenuhi rasa rindu..
Rasa rindu sang pencinta..
Hati yang dilimpahi rasa kasih dan sayang..
Rasa kasih dan sayang sang pencinta..
Yang hanya mampu mengirimkan rindu di angin yang berlalu..
Yang hanya mampu menitipkan pamitan cinta di udara yang dihirup..
Unggas unggas juga seolah menyanyi keriangan..
Rumput di padang juga seolah sama sama tersenyum keriangan..
Bunga di taman juga tersenyum dan tersipu sipu kemalu maluan....
Kerana kegembiraan dan kegembiraan..
Maka sang pencinta merasakan seluruh alam sama sama tersenyumm..
Seluruh alam seolah sama sama menyanyii..
Bila hati sedang bahagia..
Tiada kata kata yang mampu menterjemahkan nya..
Tiada bahasa yang mampu mengekspresikannya..
Tak perlu diluahkan..
Kerana seluruh alam mampu memahami bahasa rindu, bahasa kasih dan bahasa sayangmuu..
Dan sebagai insan, berkasih sayang lah tanpa ada rasa kebencian dan kemarahan..
Atau janganlah berkasih sayang untuk mendapatkan balasan..
Ikhlaslah insan..

Sunday, May 22, 2011

Rindu air parit tanah gambutku..

Malam kian kelam..
Kesejukan kian mencengkam..
Tiba tiba teringat di fikiran..
Kenangan puluhan tahun yang telah aku tinggalkan..
Kesejukan air di hiliran..
Kocakan air asli dari air mata air..
Air yang bersatu dengan aroma tanah gambut yanng asli..
Air yang bersatu dengan aroma akar akar kayu..
Air yang bersatu dengan kocakan kerana loncatan ikan ikan puyu..
Yang pernah memberikan kesegaran di waktu pagiku..
Yang pernah memberikan kesegaran di waktu petangku..
Sesungguhnya ia memberikan satu kesegaran yang semulajadi..
Air yang pernah menyirami tubuhku..
Air yang pernah membasuhi rambutku..
Air jernih hitam tanah gambut..
Kini air itu tiada lagi..
Kerana air air di parit kecil itu kini telah semakin kotor..
Kerana air di parit kecil itu kini semakin kering..
Hanya pili pili yang mengairkan air yang jernih dan bersih..
menjadi pengganti air yang hitam tetapi jernih itu..
Menggantikan air gambut..
Namun kesegaran yang asli tiada lagi..
Kenangan zaman kecilku..
Tetap hadir dalam mindaku..

jodoh...

Aku teringat perbincangan yang pernah aku dan kawan kawan seoffice tiga atau empat tahun yang lalu mengenai jodoh.. Ini berkaitan tentang ibu dan bapa yang risau sungguh bila anak dara atau terunanya masih belum mahu berumahtangga walaupun umurnya sudah melangkaui tiga puluhan..

Tidak pasti apakah perbincangan awal yang menyebabkan perbincangan ini dimulakan, tapi aku  amat tertarik apabila debat kami dapat memberikan kesimpulan kepadaku ku (kami) tentang perkara ini..

Dan atas debat itu, maka dapat disimpulkan bahawa JODOH ini terdiri daripada atau diklifikasikan kepada tiga. Ini hanya sekadar pendapat, jika aku tersalah, maka maafkanlah, kerana ini hanya pendapat semata mata. Dan perkahwinan ini selalu terdiri kerana...:

i) Jodoh kerana telah jatuh cinta
     Biasanya pasangan ini sangat bahagia, saling perlu memerlukan, saling rela berkorban antara satu sama lain, saling sanggup maaf memaafi terhadap pasangan masing masing. Bagi pasangan ini, budaya, agama, keluarga dan segala masalah sanggup di atasi demi cinta mereka dan mereka sangat exited jika cinta mereka membawa ke jinjang pelamin. Jika mereka saling setia, saling bercakap benar, saling jujur pasti pasangan ini akan berbahagia hingga ke akhir hayat.. apatah lagi jika mereka mendapat restu ayah bonda serta keluarga.

ii) Jodoh kerana pilihan orang tua..
   Biasanya pasangan begini terpaksa berkahwin atas dasar mengikut kata ibu bapa. Dalam situasi ini, memang doa dan restu orang tua sangat penting dalam sesebuah perkahwinan, tapi perlu diingat, bahawa cinta tidak boleh dipaksa. jika memang mereka ( suami dan isteri) itu serasi serta sanggup bertolak ansur, maka insyallah perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia selama lamanya. Dalam situasi ini juka, kebanyakan suami dan isteri menjalankan tanggungjawab masing masing secara formal atau rasmi, tiada bermanja manja, tiada romantik dream dalam kehidupan mereka. tapi mereka pasti sangat hormat menghormati dan bila dikurniakan cahayamata, ikatan diharap akan bertambah erat dan rapat, insyallah.. 
Masalah selalu timbul jika masing masing pernah jatuh cinta dan perpisahan mereka dulu tidak pernah ada benci, maka dibimbangi perkara yang tidak sepatutnya boleh berlaku. bersikap rasional lah terhadap pasangan anda, jangan cemburu membabi buta, bertolak ansurlah. Dan walau apapun jua yang anda terpaksa hadapi, bersikap adil lah juga terhadap pasangan anda.. memang mudah untuk berkata, tapi tak mudah untuk melaksanakannya.. tapi sentiasalah berdoa untuk kebahgiaan dan keikhlasan..

iii)   Perkahwinan kerana terdesak
   Dalam situasi ini, tidak banyak yang dapat difikirkan tentangnya, tetapi pastinya perkahwinan ini kerana tiada calon yang singgah di hati. Tidak pernah rasa sesuatu (fall in love), tidak pernah juga terikat dengan mana mana seseorang yang lain. Dalam hal yang sedemikian, maka bila dirasakan seseorang yang terhampir dan terdekat dengannya maka dialah yang akan dirisik. perkara sebegini juga banyak berlaku, cuma kita tak pernah sedar. Tapi insyallah, pasangan begini juga akan bahagia.. 

Dalam kehidupan ini, sesungguhnya perkara yang berlaku di sekeliling banyak memberikan satu pengajaran, satu tauladan atas maksud tersurat dan tersirat dalam sesebuah perjalanan hingga ke akhir..

Dan ada juga unsan yag sangat setia bila tidak dapat bersama insan yang dia pernah terjatuh cinta dan sanggup membujang hingga ketua.. wallahualam..

zaman kecilku yang indah dan ceria..

Biarlah di sini ku coretkan kisah semasa aku kecil kecil dulu.. Dunia ku dan zaman kini adalaah jauh berbeza..

Seingat ku, kisah ini bermula sejak aku kenal dunia,
inilah kehidupan pertama yang aku lihat..
masa tu kami cuma ada dua beradik saja..
adik ku dan aku berselang tiga tahun..
aku panggil dia adik..
kami sangat rapat..
selalu kami mandi di parit, kadang kadang mak ku cedokkan air di perigi..
kami mandi di perigi..
pernah hujan lebat, kami yang nakal mencari kelapa untuk buat pelampung..
kita orang mandi,
berenang.. (orang jawa kata lumban)
seronok betul..
tapi biasanya tak lama..
sebab embah lanang mesti mengamuk.. 
embah takut kita hanyut..
takuuutnyyaa kalau embah lanang ngamuk,
lintang pukang kita orang naik..
he he....
masa tu kami duduk dengan arwah embah lanang dan embah wedok..
masa tu bapak ku berkerja di Singapura, 
kerja kontrak biasa, tapi pada masa itu ia dah cukup untuk kami..
emak ku pula jenis yang tak reti duduk diam..
emak pandai menganyam tikar..
mak ada menanam pokok pandan, jauh di belakang rumah..
di tengah tengah kebun..
selalu kami dua beradik pasti ikut emak jika emak ke kebun memotong pokok pandan ini
untuk dijadikan pandan kering..
emak akan potong dan di kerik pandan segar..
dalam bahasa jawa ia dipanggil " kerok"..
lepas ia di kerik dan ia menjadi pandan yang panjang panjang dan halus saiznya..
mak selalu mengerik pandan hingga lewat malam..
selepas tu mak akan rebus pandan pandan dalam periuk besar..
mak ku rebus pandan dengan kayu api yang kita orang akan cari kat kebun kelapa..
kayu pelepah kelapa..
orang jawa panggil "bongkok"
selepas tu emak akan ikat pandan pandan dalam bentuk gumpalan..
emak akan rendam dalam air parit..
entah lah, aku ingat ingat lupa..
cuma apa yang aku ingat mak aku pasti akan memberikan warna pada pandan pandan sebelum ia di jemur..
selepas pandan kering mak mama akan mengerik sekali lagi agar ia akan menjadi  lembut dan halus..
selepas semunya cantik barulah emak akan mula menganyam pandan pandan menjadi tikar pandan..
anak anak zaman dahulu..
pada masa tu kami tak ada tv, hanya ada box radio je..
jadi kami tak ada apa apa hiburan lain..
kami dua beradik selalu tunggu mak sampai tertidur dekat tempat emak menganyam..
mak tak pernah marah pun..
nanti bila mak dah siap mak akan angkat kita dua orang tidur dengan mak..
nanti bila tikar mak ku dah siap, ada cina yang akan ambil..
aku ingat nama cina tu cina Bok..
tapi tak lah mahal sangat harga pada masa itu, tapi cukup lah berbaloi untuk kami semua..
nak cerita pula bila arwah bapakku balik dari singapura,
aku dan adik pasti orang yang paling gembira..
kita dua orang lah yang paling seronok..
bapak mesti beli banyak buah buahan..
epal, pear, lai dan macam macam lagi..
masa tu mana ada benda macam tu kat malaysia..
dan yang paling seronok..
nanti bapak akan ajak mak dan kami semua pergi batu pahat..
naik teksi.. seronoknya masa tu..
kami semua jalan dengan riang dan gembira..
pernah bapak bawak kami semua makan sate..
dan balik dari bandar kami beli banyak sate untuk embah..
tapi bapak biasanya tak lama di kampung..
selepas seminggu dua, pasti bapak akan pergi semula ke singapura..
kini semuanya tinggal memori indah yang tak mungkin dapat aku lupakan..
semoga roh aqrwah bapakku akan selalu dalam keredhaanNya jua.. 
Amiiinnn..