Biarlah di sini ku coretkan kisah semasa aku kecil kecil dulu.. Dunia ku dan zaman kini adalaah jauh berbeza..
Seingat ku, kisah ini bermula sejak aku kenal dunia,
inilah kehidupan pertama yang aku lihat..
masa tu kami cuma ada dua beradik saja..
adik ku dan aku berselang tiga tahun..
aku panggil dia adik..
kami sangat rapat..
selalu kami mandi di parit, kadang kadang mak ku cedokkan air di perigi..
kami mandi di perigi..
pernah hujan lebat, kami yang nakal mencari kelapa untuk buat pelampung..
kita orang mandi,
berenang.. (orang jawa kata lumban)
seronok betul..
tapi biasanya tak lama..
sebab embah lanang mesti mengamuk..
embah takut kita hanyut..
takuuutnyyaa kalau embah lanang ngamuk,
lintang pukang kita orang naik..
he he....
masa tu kami duduk dengan arwah embah lanang dan embah wedok..
masa tu bapak ku berkerja di Singapura,
kerja kontrak biasa, tapi pada masa itu ia dah cukup untuk kami..
emak ku pula jenis yang tak reti duduk diam..
emak pandai menganyam tikar..
mak ada menanam pokok pandan, jauh di belakang rumah..
di tengah tengah kebun..
selalu kami dua beradik pasti ikut emak jika emak ke kebun memotong pokok pandan ini
untuk dijadikan pandan kering..
emak akan potong dan di kerik pandan segar..
dalam bahasa jawa ia dipanggil " kerok"..
lepas ia di kerik dan ia menjadi pandan yang panjang panjang dan halus saiznya..
mak selalu mengerik pandan hingga lewat malam..
selepas tu mak akan rebus pandan pandan dalam periuk besar..
mak ku rebus pandan dengan kayu api yang kita orang akan cari kat kebun kelapa..
kayu pelepah kelapa..
orang jawa panggil "bongkok"
selepas tu emak akan ikat pandan pandan dalam bentuk gumpalan..
emak akan rendam dalam air parit..
entah lah, aku ingat ingat lupa..
cuma apa yang aku ingat mak aku pasti akan memberikan warna pada pandan pandan sebelum ia di jemur..
selepas pandan kering mak mama akan mengerik sekali lagi agar ia akan menjadi lembut dan halus..
selepas semunya cantik barulah emak akan mula menganyam pandan pandan menjadi tikar pandan..
anak anak zaman dahulu..
pada masa tu kami tak ada tv, hanya ada box radio je..
jadi kami tak ada apa apa hiburan lain..
kami dua beradik selalu tunggu mak sampai tertidur dekat tempat emak menganyam..
mak tak pernah marah pun..
nanti bila mak dah siap mak akan angkat kita dua orang tidur dengan mak..
nanti bila tikar mak ku dah siap, ada cina yang akan ambil..
aku ingat nama cina tu cina Bok..
tapi tak lah mahal sangat harga pada masa itu, tapi cukup lah berbaloi untuk kami semua..
nak cerita pula bila arwah bapakku balik dari singapura,
aku dan adik pasti orang yang paling gembira..
kita dua orang lah yang paling seronok..
bapak mesti beli banyak buah buahan..
epal, pear, lai dan macam macam lagi..
masa tu mana ada benda macam tu kat malaysia..
dan yang paling seronok..
nanti bapak akan ajak mak dan kami semua pergi batu pahat..
naik teksi.. seronoknya masa tu..
kami semua jalan dengan riang dan gembira..
pernah bapak bawak kami semua makan sate..
dan balik dari bandar kami beli banyak sate untuk embah..
tapi bapak biasanya tak lama di kampung..
selepas seminggu dua, pasti bapak akan pergi semula ke singapura..
kini semuanya tinggal memori indah yang tak mungkin dapat aku lupakan..
semoga roh aqrwah bapakku akan selalu dalam keredhaanNya jua..
Amiiinnn..

sangat menyentuh hati., bahasa yg sangat telus dan jujur
ReplyDeletetq atas komen..
ReplyDelete