hari ini aku ada date dengan rakan lama..
dia pernah berkhidmata di SKSS,
dan kini sama sama telah berpindah..
dia telah berhijrah ke SKSP,
dia lebih dulu meninggalkan aku..
tapi apapun, terima kasih kerna tetap memanjangkan persahabatan kita..
hari ini..
kami ada date di BP Mall..
dia kata ada ole ole dari Brisbane..
bukan ole ole yang aku harapkan sebenarnya,
tapi sentimental value yang aku rasakan..
walaupun jauh di sana,
ingat jugak dia padaku di sini..
huumm..
dia pesan,
"akak, nanti bawak perut tau, kita makan sama sama ye.."
geli hati aku..
dia masih nakal seperti dulu..
"akak nak bawak sat famili tau" aku bergurau..
" well bole bole.." dia menjawab sambil ketawa..
dan petang itu, janji kami pukul 3.00 petang, namun kerana kami ada komitment lain maka kami tunda ke pukul 5 petang..
dan, berteman kan anak daraku, aku pun bertemu dia,
apa lagi.. kami bercerita panjang..
maklumlah dah lama tak jumpa kan..
dan dia memang banyak cakap, tetap macam dulu..
dia suka sangat..
dan bila dilihat dari gaya keanak anakkan dan raut wajahnya, jika orang yang tak tak mengenalinya pasti ingat umur dia enam belas atau tujuh belas tahun..
terima kasih Nurfatikhin Salim..
insyallah di lain masa, kita hang out lagi..
biarlah kita jumpa tidak selalu..
biar bertambah manis dan bertambah banyak cerita yang kita boleh kongsikan..
terima kasih..


No comments:
Post a Comment