Friday, June 24, 2011
terima kasih.. aku tidak mahu ucapkan selamat tinggal...
terima kasih buat semua teman teman ku..
teman teman di sk seri sejati..
terima kasih atas persahabatan yang semakin erat walaupun kita telah tidak sebumbung lagi..
biarlah jauh di mata,
tapi tetap sama di hati..
setelah hampir dua minggu aku berhijrah ketempat baru, aku dijemput ke sekolah lama, SK Seri Sejati..
tak mampu untuk ku gambarkan bagaimana rasanya perasaan ku ini..
di sk seri sejati, aku mula belajar sebagai seorang pembantu tadbir..
aku belajar banyak benda..
dari seorang yang tak tahu apa apa..
hingga aku mampu menjalankan tugas ku sebagai seorang pembantu tadbir..
dan.. pastilah sebak dan sedih meninggalkan teman teman tersayang..
apatah lagi guru besar yang banyak masa kami adalah bersama.. walaupun pertemuan antara kami berdua tak lama mana, tapi aku sungguh sedih meninggalkan nya di sana..
aku sudah berhijrah ke sk seri tiga serangkai..
itulah hakikat..
namun aku tak mampu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sk seri sejati..
dan jika ada kelapangan, pasti aku akan ke sana, melawati teman teman..
dan persahabatan kami pasti akan terus terjalin erat..
biarlah jauh di mata namun di hati kasih tetap tersemat..
biarpun tidak lagi bersama selalu..
akan tetap tersimpan rapi segala kenangan manis dulu..
sesungguhnya..
pertemuan dan perpisahan adalah kerana nya jua..
kiri jalan kanan pun jalan..
tengah tengah pohon meranti..
sini teman sana pun teman..
kasih teman sejati tetap di hati..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment